Pada 29 Jun 2012 yang lalu (bersamaan dengan Hari Jumaat), kami sekeluarga telah mengadakan satu majlis ringkas demi meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran anakanda kami iaitu Dzaqwan Amri bin Syamsul Amri yang kini mencecah usia tiga tahun. Suami saya telah menyediakan dua kek (tetapi bukan buat sendiri... beli aje). Satu kek tu kek padang bola. Dan satu lagi fruity cake. Dzaqwan pada malam tu dapatlah hadiah beberapa biji kereta Formula One. Memang riang dan gembiralah anak kami tu bila dapat hadiah macam tu. Tapi macam biasalah kalau beli hadiah kena bagi hadiah iringan jugak pada abang-abangnya untuk mengelakkan konfrontasi. So, Dzaqwan dapat 2 biji kereta, Danish (Along) 2 biji kereta dan Dhafir (Angah) 2 biji kereta. Si Dzafran, belum lagi he he he.
So, jom bersama-sama kita layan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan pada majlis berkenaan yang telah turut dihadiri oleh Ibu Mertua saya, Fadzly (adik ipar saya), Adik Piji (adik ipar), Along Nazaruddin (sepupu suami) bersama isteri dan anak-anaknya.Mari kita layan gambar!
Hidangan yang telah siap tersedia untuk semua yang hadir
Ada satay, kerang rebus, ikan siakap 3 rasa, tom yam, daging goreng kunyit garing, nasi himpit dan lain-lain lagi...
Kek Dzaqwan Amri yang dipilih khas sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ketiga
Dzaqwan tekun menghadap kek yang disediakan untuknya
Dzaqwan buntang matanya nak tengok kamera yang nak rakamkan gambar
Dzaqwan duduk di pangkuan abahnya sebelum upacara memotong kek
Saudara-mara sepupu-sepupu memenuhi sekeliling kek
Tiang gol, dan pemain-pemain mula dikeluarkan daripada padang.. sebab tak boleh dimakan!
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan