Ahad, 29 Julai 2012

Dzafran Berubat dengan Wan Itam Batu Kikir !


Disebabkan anak bongsu kami Ahmad Dzafran Amri yang masih lagi belum kebah daripada batuk, selesema dan demam, dan juga setelah mencuba beberapa buah klinik akhirnya kami mengambil keputusan untuk membawa Dzafran untuk berjumpa dengan 'specialist' kampung iaitu Wan Itam di Kampung Batu Kikir.

Kami ke sana pada 25 Julai 2012. Untuk makluman semua Wan Itam ini jugalah yang telah merawat sakit sawan tangis yang dialami oleh abang-abang Dzafran iaitu Danish, Dhafir dan Dzaqwan semasa bayi.

Di sana (Batu Kikir), kami sempat juga minta Wan Itam cuba 'tawar'kan air untuk si Dzaqwan Amri yang mempunyai tabiat 'kenakalan' yang luarbiasa di sebalik ke"comel"annya itu.

Jom kita tengok gambar.

Dzafran yang tidak bermaya di pangkuan saya
Mata berair, hidung meleleh, mulutnya terkeluar muntah..
Wan Itam cuba pula mengubatkan si Dzaqwan setelah selesai men'tawar'kan air untuk Dzafran Amri

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: