Rabu, 11 Julai 2012

Hafiz Masuk Wad di Hospital Subang Jaya !


Pada 11 Julai 2012 bersamaan dengan Hari Selasa, kami sekeluarga menerima berita yang mengejutkan di mana Syamsul Hafiz (Adik Ipar saya) telah dimasukkan ke Sime Darby Health Care di Subang Jaya lebih kurang jam 3.00 petang ekoran daripada masalah sesak nafas dan tekanan darah tinggi yang dialaminya secara tiba-tiba.

Berita ini mengakibatkan suami saya, ibu saya, dan Mak Long Samsiah bergegas ke Subang Jaya di sebelah malamnya untuk meninjau keadaan Hafiz di sana. Alhamdulillah keadaan Hafiz dilaporkan stabil, cuma masalah tekanan darahnya masih lagi tinggi.

Setibanya di sana lebih kurang jam 8.00 malam, Pak Ngah Husin, Pak Tam Rosli dan Mak Tam Mahani, Mak Usu Halijah dan juga Wan Asiah telah pun tiba lebih awal di sana. Suami saya turut membawa anak ketiga kami iaitu Dzaqwan Amri untuk turut ikut bersama menemui Pak Lang nya (Syamsul Hafiz).

Selepas daripada melawat Hafiz, kesemua yang berada di hospital telah menuju ke Restoran Kayu Manis di Bukit Jelutong bagi menikmati makan malam di sana. Dan kemudiannya, suami saya terus berangkat pulang ke Seremban.

Dengan ini adalah didoakan agar Hafiz cepat sembuh dan kembali ceria dan kembali menjalankan tugas seperti biasa. Hafiz, jangan lupa rehat betul-betul dan jaga pemakanan.

Berikut dikongsikan gambar-gambar untuk tatapan semua.

Suasana ketika berada di luar wad sementara menanti Hafiz diperiksa oleh Jururawat bertugas
Rancak perbualan keluarga ini...
Hafiz yang kekal ceria walaupun di dalam hatinya... hanya Allah Yang Maha Mengetahui
Hafiz mendengar nasihat daripada Mak Usu Halijah sambil diperhatikan oleh Pak Tam RosliIbu Mertua saya dan Wan Asiah
Suasana ketika manikmati makan malam di Restoran Kayu Manis
Dzaqwan leka makan sup crab meat with tofu

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: