Isnin, 22 November 2010

Majlis Perkahwinan Hidayu Yusof (Anak En Yusof MPS)

Majlis perkahwinan Hidayu Yusof iaitu anak kepada En Md Yusof Alias, kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang juga merupakan sahabat baik suami saya telah berlangsung pada 20 November 2010 bertempat di kediaman beliau di Taman Kelab Tuanku, Mambau. Majlis ini turut dihadiri oleh Ibu Mertua saya dan Mak Long suami saya kerana isteri kepada En Yusof kebetulannya juga adalah sekampung dengan mereka di Kg Sungai Buloh, Jelebu, Negeri Sembilan.
.
Berikut dikongsikan beberapa keping gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan semua.
.
Hidayu dan suami ketika sesi fotografi
Bergambar bersama sahabatMemperbetulkan posisi sebelum bergambar
Sahabat baik suami saya, Hanif Osman yang turut sama hadir
Suasana di meja pengantin
Suami saya....
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: