Ahad, 7 November 2010

Kenduri Kahwin Fazilah & Hanizan di Pancor

Pada 6 November 2010 telah berlangsungnya majlis perkahwinan Fazilah dan Hanizan. Fazilah merupakan bekas anak murid mengaji ibu mertua saya dan rumahnya di barisan belakang rumah ibu mertua saya. Dekat jugaklah rumahnya.
.
Apa pun tahniah diucapkan, Selamat Pengantin Baru buat Fazilah dan Hanizan. Kami sekeluarga mengucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
.
Pengantin lelaki yang telah siap sedia sebelum berarak
Semua sanak saudara pihak lelaki juga telah bersedia
Pasukan Semarak Kompang didatangkan khas daripada Jabatan Penjara Seremban
Suasana meriah di bawah khemah jamuan
Pengantin perempuan (Fazilah) yang telah bersiap sediaBersedia untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki
Pasukan kompang yang tengah 'syok' memalu kompang
Suasana di bawah khemah yang penuh sesak dengan tetamu
Pasukan kompang mendendangkan pelbagai lagu
Suasana di hadapan singgahsana persandingan
Sescocok kedua-dua pengantin
Kedua-dua pengantin ceria di singgahsana bergelar 'Raja Sehari'
Tema kelabu cerah yang mempesona mata...
Sanak saudara yang menyaksikan persandingan
Hidangan pengantin juga telah siap tersedia
Dihias sebegitu menarik dengan hiasan dan bunga walaupun simple tetapi menarik
Kek pengantin yang tertera nama Fazilah dan Hanizan
Memang cantik kek ni...
Suasana persandingan yang dirakamkan dari luar rumah
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: