Isnin, 7 Mei 2012

Selamat Hari Lahir buat Mak !


Pada 6 Mei 2012, telah berkumpulnya saudara mara sebelah suami saya di rumah Mak Usu Halijah di Bukit Jelutong, Shah Alam. Kebetulan pula pada 4 Mei merupakan hari lahir Ibu Mertua saya, maka suami saya telah mengambil kesempatan ini untuk meraikan hari lahir ibu mertua saya ini.

Yang paling seronok tentulah kanak-kanak kerana dapat menikmati kek istimewa yang dibeli di Kedai Secret Recipe.

Jom sama-sama kita tengok gambar!

Anak-anak kami bergambar di Kedai Secret Recipe, Bukit Jelutong, Shah Alam
Inilah rupanya kek yang dibeli....
Ibu Mertua saya bersiap-sedia ingin memotong kek...
Kek mula dipotong....
Bergambar bersama Iqbal dan Wan Asiah
Bergambar beramai-ramai
Kek mula dipotong dan dibahagi-bahagikan...
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: