Isnin, 24 Oktober 2011

Pertunangan Siti Radhiah (Anak Mak Long Bibah Rasah)

Pada 23 Oktober 2011, bersamaan Hari Ahad, suami saya telah menjadi wakil kepada keluarga Mak Long suami saya di Rasah untuk menyambut rombongan peminangan daripada Jelai. Rombongan dari Jelai ini datang untuk merisik dan melamar anak kelima Mak Long iaitu Siti Radhiah. Rombongan ini membawa hasrat hati anak lelaki bongsu mereka iaitu Izan.

Alhamdulillah majlis ringkas tersebut berjalan dengan lancar, dan di dalam majlis ini terus mengikat tanda pertunangan di antara mereka menerusi cincin pertunangan yang dibawa bersama. Jikalau tiada aral melintang, berdasarkan perbincangan kedua-dua belah pihak, masing-masing bersetuju pertunangan mereka diikat selama 14 bulan iaitu perancangan majlis perkahwinan mereka dijangkakan pada 2 Disember 2012 di rumah perempuan dan 9 Disember 2012 di rumah pihak lelaki.

Rombongan dari Jelai ini tiba kira-kira jam 1.00 petang dan berangkat pulang kira-kira jam 2.30 petang selepas jamuan makan tengahari. Dengan ini, didoakan semoga Siti dan pasangannya Izan bahagia dan ditakdirkan untuk hidup bersama. Mudah-mudahan.

Berikut dikongsikan gambar-gambar majlis tersebut yang telah sempat dirakamkan.


Suami saya bergambar bersama Pak Long Baharudin (Pak Long Rasah)Suami saya, Pak Long bersama wakil pihak lelakiWakil pihak lelaki menyarungkan cincin ke jari SitiSempat merakamkan gambar dalam suasana ceria Suasana berlangsung meriah walaupun dalam majlis yang cukup sederhana


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: