Ahad, 14 Ogos 2011

IFTAR Ramadhan di Kg Tanah Baru, Johol

Selesai saya berbuka puasa bersama keluarga suami saya di Shah Alam pada 13 Ogos 2011, saya dan keluarga terus sahaja ke Kampung saya di Kg Tanah Baru pula untuk berbuka puasa keesokan harinya iaitu pada 14 Ogos 2011 bersamaan dengan 14 Ramadhan 1432 Hijrah, satu majlis berbuka puasa telah diadakan bersama Wan saya bagi meneruskan tradisi keluarga yang telah dimulakan sejak tahun lalu. Pada tahun lalu, seingat saya merupakan kali terakhir kami dapat makan bersama Allahyarham Hj Bador bin Hamid iaitu Atuk kesayangan saya sebelum Atuk menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun ini.

Suasana berbuka puasa tetap diraikan bersama dengan Wan Simah di kampung. Turut hadir bersama selain daripada keluarga saya adalah Cik Ahmad, Amuk sekeluarga, Pak Andak & Mak Andak serta ibu saya (Mak Ngah) dan Dayah.

Kebetulan, suasana berbuka puasa menjadi lebih 'romantik' kerana kebetulan di kampung terputus bekalan elektrik, namun ini tidak menghalang kami menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama yang dibawa secara bersama dari rumah masing-masing.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

1 ulasan:

mzvila berkata...

Terima kasih atas uplord gmbar2.. maaf, atam x dpt blk.. ada tugasan ride jalur gemilang kemerdekaan..