Selasa, 7 Jun 2011

Dzaqwan Naik Motor Besar Dengan Pak Tam!!

Pada 2 Jun 2011, Pak Tam telah singgah di Pancor (rumah Ibu Mertua saya) sekembalinya beliau daripada menghadiri satu mesyuarat projek di Putrajaya. Pak Tam tiba dengan motosikal besarnya (jenis BMW) dengan penuh bergaya. Pak Tam singgah sebentar di Pancor untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalannya untuk pulang ke Kg. Sungai Buloh, Jelebu bagi menguruskan serba sedikit urusan berkaitan Hari Keluarga RAIS 2011 yang bakal berlangsung pada 24 hingga 26 Jun 2011.

Sebelum Pak Tam meneruskan perjalannya ke Kg. Sungai Buloh, Pak Tam telah sempat membawa Dzaqwan bersiar-siar satu round dengan motosikal besarnya itu. Memang sukalah si Dzaqwan, sebab dia memang 'obses' dengan motosikal dan helmet. Memang duduk diam je dia bila Pak Tam bawak dia berjalan-jalan.

Jom kita tengok sama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan!



Sudah bersedia memulakan perjalanan nampaknya!!Pak Tam memulakan perjalanan membawa Dzaqwan bersiar-siar seketikaSetibanya kembali di rumah, Dzaqwan seolah-olah tidak mahu turun. Apa pun terima kasih Pak tam sebab sudi bawak Dzaqwan bersiar-siar dengan motosikal canggih ni!

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: