Isnin, 3 Januari 2011

Perasmian Restoran DZ Cafe & Birthday Danish

Pada 1 Januari 2010 telah berlangsungnya majlis perasmian Restoran DZ Cafe yang dimiliki oleh Sdr Mohamad iaitu sahabat kepada suami saya. Sdr Mohamad ni merupakan rakan seperjuangan di dalam dunia perdebatan universiti dahulu. Dulu, Sdr Mohamad ni pendebat utama pasukan UNITEN dan suami saya UiTM. Selalu gak lah berentap dalam dunia perdebatan, tapi semuanya hanya dalam pentas perdebatan tetapi diluar mereka bersahabat baik.
.
Restoran si Mohamad ni dibuka di area Seremban 2 berhampiran dengan S2 Park. So tahniahlah buat Sdr Mohamad. Begitu jugak nak ucap terima kasih sebab benarkan kami celebrate birthday Danish Amri yang ke 5 tahun di Restoran DZ Cafe.
.
So, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan!!
.Anak-anak kami ketika di Jusco Seremban 2 sebelum ke DZ Cafe
Leka memerhatikan si 'badut' meniup belon
Suasana di DZ Cafe ketika kami baru sampai
Jemaah Surau yang baru tiba untuk memulakan majlis dengan sesi tahlil arwah dan doa selamat


Ini ahli keluarga kami yang bersiap sedia nak sambut birthday Danish


Tahlil bermula .....





Semua yang hadir menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa

Sdr Aznam menyampaikan ucapan terima kasih selaku rakan usahasama bersama Mohamad sebaik sahaja tahlil dan doa selamat berakhir


Suasana meriah di restoran DZ Cafe



Kek birthday Danish

Dhafir pun turut sama tak sabar


Kami bergambar bersama kek
Rakan-rakan suami saya menyanyikan lagu hari lahir khas untuk Danish

Memang meriah dan bermakna!!!

Mula memotong kek dan diagih-agihkan....
.
.
.
.Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: