Isnin, 17 September 2012

Gambar Aqiqah, Dzafran dan Dzaqwan


Pada 1 September 2012, telah berlangsungnya satu Majlis Kenduri Aqiqah untuk anak keempat kami iaitu Ahmad Dzafran Amri bin Syamsul Amri. Dzafran yang berusia 2 bulan 22 hari pada ketika itu. Demikian juga majlis ini diadakan bersekali dengan majlis aqiqah anak perempuan kepada bapa saudara suami saya iaitu Apak Sidek. 

Majlis ini diadakan juga bersekali dengan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan. Gambarnya tidaklah banyak sangat kerana gambar-gambar aqiqah yang sepenuhnya masih lagi belum siap disediakan oleh jurugambar profesional yang dijangka siap pada awal bulan Oktober 2012.

Di dalam folder ini juga saya sertakan gambar bersejarah di mana... Dzaqwan memasukkan kacang badam (di dalam almond London). gambar Dzaqwan tu masa jumpa dengan Doktor Pakar ENT di Seremban.

Jom sama-sama kita tengok!!!

Gambar pelbagai reaksi oleh Dzafran
Gembira...
Serius...
Tension...
Dzaqwan, ketika diperiksa oleh doktor bagi memerhatikan kacang di dalam lubang hidungnya...
Inilah rupanya kacang badam yang dikeluarkan daripada lubang hidung si Dzaqwan
Ketika Majlis Tahlil dan Doa Selamat sebelum bermula majlis kenduri Aqiqah
Suami saya mengetuai majlis tahlil dan doa selamat

Berikutnya merupakan gambar-gambar yang dirakamkan bersama saudara mara yang datang dari Klang, Selangor

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: