Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 3 : Beraya Di Rumah Wan Batu Kikir

Kembara Hari Raya 3
Berhari Raya di Rumah Wan
Di Kg Batu Kikir
10 dan 11 September 2010
.
.
Selepas selesai berhari raya di Kg. Sungai Buloh dan Mancis, kami telah bergerak ke Kg. Batu Kikir untuk beraya di rumah Wan suami saya. Di Kg Batu Kikir kami telah bertemu dengan Bapa Saudara suami saya iaitu Acik Aziz, Acik Normah dan anak-anak. Acik Aziz ini merupakan adik kepada arwah bapa mertua saya. Beliau jugak glamour dengan nama 'Jack' di Central Market (CM) yang bekerja sebagai kartunis sepenuh masa di sana.
.
Kami tiba di Kg Batu Kikir lebih kurang jam 11.00 malam. Dan semua hero-hero kami mulalah meragam sebab penat dan tak cukup tidur dalam kereta. Tapi satu benda nak kongsi, tidur kat Batu Kikir memang sejuk gilerrr! Macam kat London rasanya (walaupun tak pernah pergi!).
.
Pada keesokan paginya kami telah memulakan hari raya kedua dengan bersarapan beramai-ramai. Dan ketika itulah Pak Long dan Mak Long tiba dari Rasah. Kemudian kami telah berangkat beramai-ramai menuju ke tanah perkuburan bagi menziarahi pusara Atuk suami saya.
. Pak Long dan Mak Long suami saya yang baru tiba dari Rasah turut sama bersarapan
Suami saya (yang masih tidak berbaju) bersama adiknya Fadzly berbual bersama Pak Long dan Mak Long Rancak berbual nampaknya
Hafiz melayani karenah Dzaqwan
Adik Piji yang masih mengantuk matanya!
Danish ceria...
Adik Piji dan HafizKetiga-tiga anak kami ketika tiba di pusara Moyang mereka.. Allahyarham Lebai Alias bin WahabIni selepas balik dari kubur menuju ke rumah Wan Angah
Sedang leka makan keropok

Sempat jugak terlelap dengan keropok di tangan

.

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: