Kembara Hari Raya 11
Rombongan Raya dari Kg. Tanah Baru
Ke Taman Bandar Senawang
14 September 2010
.
.
Pada tarikh ini, kesemua saudara -mara yang masih berada di Kg Tanah Baru telah bergerak menuju ke Seremban bagi menyempurnakan perjalanan raya masing-masing bagi beraya di rumah saudara-mara yang ada di Seremban. Sebaik sahaja rombongan ini selesai beraya di rumah Mak Lang di Ulu Bendul, mereka semua terus bergerak beraya ke kediaman kami di Taman Bandar Senawang.
.
Selepas selesai acar di rumah kami kesemua saudara-mara yang ada telah menuju ke Paroi bagi menziarahi rumah Tuk Teh di Taman Pinggiran Golf, dan diikuti rumah Amuk di Paroi pula. Kami sekeluarga telah turut menyertai rombongan ini. Selepas itu mereka semua akan bergerak menuju ke rumah Pak Andak di Rasah Jaya. Ke Rasah Jaya, kami tidak turut serta kerana kami telah berjanji dengan keluarga di Pancor untuk beraya di beberapa rumah di Shah Alam dan Klang.
.
Kami mengambil keputusan untuk beraya di rumah Pak Andak secara berasingan nanti.
.
Suasana ketika makan tengahari
Acoy (suami saya) dan Ateh menjamu selera di hadapan rumah
Busu dan Mak Usu yang tidak dapat dipisahkan
Suasana makan di ruang hidang
Amuk berehat-rehat selepas makan
Along dan ibunya, Mak Mok
Acoy (suami saya) dan Ateh menjamu selera di hadapan rumah
Busu dan Mak Usu yang tidak dapat dipisahkan
Suasana makan di ruang hidang
Amuk berehat-rehat selepas makan
Along dan ibunya, Mak Mok
Saya bergambar bersama Dzaqwan sejurus sebelum berangkat ke rumah Induk di Shah Alam
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan