Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 1 : Beraya Di Kampung Sungai Buloh, Jelebu

Kembara Hari Raya 1
Berhari Raya di Rumah Wan Asiah
Di Kg Sungai Buloh, Jelebu
10 September 2010
.
.
Setelah selesai Solat Sunat Aidil Fitri, kami semua telah bergerak menuju ke Kampung Sungai Buloh, Jelebu bagi memulakan kembara raya kami yang pertama. Di sana kami telah sempat bertemu Wan Asiah, Mak Long sekeluarga, Pak Tam sekeluarga, Pak Ngah, Induk sekeluarga, Mak Usu, Mak Teh dan kesemua anak-anak saudara.
.
Kat sana memang tak ada kerja lain, dari pagi bawak ke malam, memang makan jelah. Dah lah tu makan lauk gulai kuning je. Tapi... memang best!!! Selepas itu kami telah bergerak beramai-ramai beraya di rumah Makcik Zizah dan rumah Mak Teh (Mak Udo).
.
Di sebelah petangnya kami merancang untuk ke rumah Nenek (adik Wan Asiah) di Mancis.
. Sempat bermain buaian di Pancor sebelum bergerak ke Kampung Sungai Buloh
Suasana yang dirakamkan dari jauh...
Dhafir yang tertidur dalam perjalanan ke Sungai Buloh
Danish yang kuyu matanya mengantuk
Suami saya yang memandu kami menuju ke Kg Sungai Buloh
Dzaqwan yang masih belum tidur di tempat duduknya
Tetap bergerak aktif walaupun terkunci dengan tali pinggang keledar
Suasana meriah ketika baru tiba di Kampung Sungai Buloh
Memang riuh rendah suasana di Kampung
Dzaqwan di pangkuan Wan Usu nya
Acoy (suami saya) ceria duduk di antara Induk dan Pak Induk
Wan Asiah tersayang memerhatikan kesemua ahli keluarganya
Mak Teh Pahang yang pulang ke kampung mengajakkenduri kahwin anaknya pada 10/10/2010
Bergurau tak habis-habis!!
Hafizuddin dan Izzuddin
Suasana meriah sekali!!
Duduk bersantai sambil berbual-bual ... almaklumlah lama tak jumpa!!
Anak-anak mula menuju seorang demi seorang bapa saudara yang ada untuk mengutip duit raya
Kelihatan Pak Ngah mengusik cucu-cucu nya
Pelbagai gelagat dan karenah yang dirakamkan
berehat-rehat sebelum berjalan beraya di rumah jiran tetangga
Bersalaman dengan Wan Asiah
Ibu Mertua saya yang baru tiba terus sahaja duduk berbual dengan Wan Asiah
Suasana ketika beraya di rumah Mak Teh (Mak Udo)
Habis segala hidangan dikerjakan!!
Pak Tam dan Mak Tam yang mengetuai rombongan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: