Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 16 : Beraya Di Rumah Mak Long di Palong 4

Kembara Hari Raya 16
Berhari Raya di Rumah Mak Long Limah
Di Felda Palong 4
16 September 2010
.
.
Pada awal pagi 16 September 2010, kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk berhari raya di rumah Mak Long saya di Felda Palong 4. Di sana seperti biasa, Mak saudara 'favourite' suami saya telah memberikan layanan istimewa kepada kami sekeluarga. Kami tiba di Palong lebih kurang jam 12.30 tengahari.
.
Setibanya di sana kami telah menjamu selera dengan menikmati hidangan makan tengahari dengan hidangan ikan siakap masak lemak cili api dan ayam kentucky resipi Mimi. Memang sedaplah makan kat sana. Ketika di sana, Mazli, Mimi dan anak-anak mereka turut berada di sana dan masih lagi bercuti hari raya.
.
Selepas selesai makan tengahari dan Solat Zohor, kami semua berehat di sana sementara menantikan waktu Asar. Kami merancang untuk pulang ke Seremban selepas waktu Asar nanti. Sebaik sahaja selesai Solat Asar, kali ini Mak Long menghidangkan kami dengan hidangan Mee Kari pula. Memang sedap tetapi, tak dapat nak makan banyak sebab dah banyak makan masa makan tengahari tadi.
.
Apa pun terima kasih buat Mak Long di atas hidangan ini semua. Kami sangat berterima kasih. Sebaik sahaja selesai berhari raya di rumah Mak Long saya ini, kami terus bergerak ke Seremban menuju ke rumah Pak Andak di Taman Tasah Jaya.
.
Kelihatan cucu-cucu Mak Long menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan
Mak Long saya bergambar bersama suami saya tersayang (Acoy)
Bergambar dengan penuh keceriaan
Kelihatan Dzaqwan menyelongkar seisi rumah
Suasana ceria bermain sesama saudara mara
Danish dan Dhafir di ruang tamu rumah Mak Long
Dzaqwan mula merengek kepenatan
Dzaqwan mula rebah di pangkuan abah nya
Akhirnya abah nya tidur dulu
Lama kelamaan Dzaqwan pun turut tidur bersama
Danish kekal ceria bermain hingga ke petang
Dzaqwan terus terlena
Dhafir pun turut terus bermain sehingga ke petang
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: