Selasa, 21 September 2010

Kembara Raya 19 : Beraya di Sekitar Nilai & Mantin

Kembara Hari Raya 19
Berhari Raya di Sekitar
Nilai dan Mantin
18 September 2010
.
.
Sekembalinya dari Perak Darul Ridzuan kira-kira jam 1.00 petang. Suami saya telah mengambil keputusan untuk mengajak kami sekeluarga berhari raya di sekitar Nilai dan Mantin. Maka, pada jam 3.00 petang, suami saya dan kami sekeluarga terus sahaja berhari raya. Suami saya yang masih belum tidur masih lagi mempunyai stamina untuk berhari raya.
.
Dimulakan di rumah sahabat saya Suhaila di Taman Desa Cempaka Nilai, kemudian diikuti rumah Kak Yanti (kawan sekerja suami di MPN) di Taman Seri Cempaka, Nilai. Selesai di Nilai, kami terus bergerak ke Taman Bunga Raya Nilai untuk ke rumah sahabat suami saya iaitu Sulaiman, Kontraktor Nilai. Dari rumah Sulaiman kami menuju ke Mantin Dalam untuk ke rumah Cik Da iaitu isteri kepada arwah Pak Acek (adik kepada bapa saudara saya Pak Lang). Cik Da berhari raya buat kali pertamanya tanpa Pak Cek yang meninggal dunia pada awal tahun ini.
.
Kak Yanti bersama anak bongsunya
Danish ketika di rumah Sulaiman di Taman Bunga Raya, Mantin
Saya bersama Dhafir dan Dzaqwan
Dzaqwan mula mengusik di sana sini
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: