Isnin, 23 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir buat Mak !!

Pada 23 Ogos 2010, genaplah umur ibu saya 56 tahun. Dengan itu kami sekeluarga telah merancang mengadakan majlis jamuan yang cukup sederhana bagi meraikan hari lahir ibu saya yang tersayang ini. Tambahan pula bulan Ramadhan makan hanya pada waktu malam sahajalah jamuan ni boleh dijalankan.
.
Sebelum jamuan diadakan, suami saya telah membawa saya dan ketiga-tiga anak kami berbuka puasa di rumah Mak Long suami saya di Kg. Dato' Mansor, Rasah. Kat sana hidangan ayam kampung masak lemak cili api, ikan semilang masak berlada benar-benar membuka selera kami semua.
.
Suami saya ingin berbuka di rumah mak longnya kerana ingin berbuka puasa bersama wan (nenek) kesayangannya yang kebetulan berada di rumah Mak Long nya ini.
.
Sebaik sahaja selesai berbuka puasa dan bersolat Maghrib, kami sekeluarga bergerak ke Seremban 2 dengan tujuan menjamu selera di Restoran S2 Park Oriental.
.
Kat sana kami makan lagi dengan penuh berselera dengan menu teppanyaki toufu, shark-fin soup, kuetiaw goreng... macam biasalahhh... semuanya best!!!!
.
So, rasanya itu sahajalah buat masa ni, so, sekali lagi Happy Birthday buat Mak tersayang.
.
Aksi Dzaqwan ketika berada di Restoran Oriental S2 Park
Dzaqwan bermain dengan 'mata'nya
Dhafir Amri dengan buku menu... macamlah tahu tak order!
Danish Amri dengan gigi nya.... macam tak cukup je!!
Suami tersayang bersama Dzaqwan Amri
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: