Rabu, 11 Ogos 2010

Hari Keluarga Hj Bador 2010 : Perjalanan Menuju Ke Port Dickson

Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Perjalanan Menuju Ke Port Dickson
.
6 Ogos 2010
.
Suami saya (Acoy) mula bertolak ke Port Dickson pada jam 6.30 petang daripada Senawang bersama ketiga-tiga anak kami (Danish, Dhafir dan Dzaqwan). Saya dan Ibu saya pulak menunggu ketibaan Atuk dan Wan daripada Kampung.
.
Semua ahli keluarga sememangnya sangat teruja untuk pergi ke program Hari Keluarga 2010 ini kerana inilah peluangnya untuk bertemu sanak saudara secara serentak. Dapatlah bertanya khabar, bergurau mesra seperti selalunya.
.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan di Port Dickson.
.
Dzaqwan duduk dengan selesa di tempat duduk khasnya
Melalui jalan baru selepas melepasi Pasaraya Carrefour di Jalan Rahang Tiba di susur masuk jalan ke Port Dickson di Rasah
Suasana ceria di dalam kereta di sepanjang perjalanan
Di sepanjang perjalana kedua-dua leka makan Chikadees
Dzaqwan akhirnya lena di tempat duduknya
Tepat jam 7.15 malam, tiba di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan
Ini ketika Ateh dan Cik Amat sewaktu baru tiba (dah hampir tengah malam dah waktu ni)
Masing-masing membawa bagasi dan peralatan masing-masing
Anak-anak Ateh dengan wajah yang penat berjalan jauh
Semua berkumpul di rumah Mak Long untuk makan kek Hari Lahir Acoy yang belum dipotong sejak 3 Ogos 2010 yang lalu
Saya mendukung Dzaqwan
Inilah Kek Birthday Boy yang masih belum dipotong lagi
Mahal kek ni.... Untuk yang tersayang!!!!
Semua menanti kek dipotong
Birthday Boy beraksi di hadapan kek nya!
Bersedia memotong kek dengan diperhatikan oleh Dhafir. Macam tak sabar nak terkam je!
Ini wajah ceria Dhafir dan Dzaqwan sebelum tidur
Danish pulak dah tak boleh senyum dah! Ngantuklah tu!
Mata Dhafir dah mula kuyu. Tapi, Dzaqwan masih segar lagi!
.
.
.
Oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: