Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Sarapan Pagi
.
7 Ogos 2010
.
Bermulalah program Hari Keluarga yang dinanti semua sejak awal tahun lagi. Program seawal pagi dimulakan dengan acara sarapan pagi beramai-ramai di dewan makan. Sarapan pagi yang enak disediakan oleh Kak Ros iaitu katerer yang sama sejak tahun lalu. Sarapan yang disediakan pada pagi itu mihun dan mi goreng, kuih serta air teh dan teh o.
.
Semua perlu bersarapan bagi mengumpulkan tenaga sebelum memulakan Hari Keluarga 2010 yang sarat dengan acara untuk semua kategori dan peringkat umur yang telah direncanakan oleh Pengerusi (acoy), Setiausaha (saya) dan juga Busu dan Mak Usu selaku penyelaras program.
.
Suasana keheningan pagi sebelum bermulanya program
Saya dan Dzaqwan ketika baru bangun dari tidurSuasana ombak menghambur pantai turut dirakamkan untuk kenangan
Sarapan pagi yang siap sedia terhidang
Hanya menanti ahli keluarga tiba untuk menikmatinya
Saya dan Dzaqwan ketika baru bangun dari tidurSuasana ombak menghambur pantai turut dirakamkan untuk kenangan
Sarapan pagi yang siap sedia terhidang
Hanya menanti ahli keluarga tiba untuk menikmatinya
Menu disediakan dan dihidangkan untuk semua ahli keluarga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan