Rabu, 11 Ogos 2010

Hari Keluarga Hj Bador 2010 : Majlis Penutup

Hari Keluarga
Hj Bador & Hjh Simah
2010
Kali Ke-Sembilan
.
Majlis Penutup
.
8 Ogos 2010
.
Akhirnya majlis Hari Keluarga Hj Bador & Hjh Simah sampai ke penghujungnya. Di dalam majlis penutup ini, Acoy telah diumumkan kekal sebagai Pengerusi Hari Keluarga bagi tahun 2011. Begitu juga dengan jawatan Setiausaha hasil daripada undian ramai. Namun begitu Acoy juga telah mengumumkan Pn Aryanti Yaakob sebagai penyelaras program Hari Keluarga 2011 bersama-sama dengan adik-adiknya yang lain. Ini juga dipersetujui sebulat suara.
.
Di dalam ucapan penutup Tn Hj Bador telah menasihatkan agar program Hari Keluarga ini perlu diteruskan walaupun ketika beliau sudah tiada lagi. Ini adalah demi memastikan ikatan persaudaraan akan tetap terus terjalin dan tidak terputus. Tn Hj Bador juga merasakan Hari Keluarga pada tahun 2011 ini telah berlangsung dengan cukup meriah dan menggembirakan.
.
Acoy menyatakan, "Untuk program Hari Keluarga tahun 2011 nanti, kita akan berusaha untuk memastikan bahawa acara akan dilangsungkan dengan lebih menarik lagi. Tentang lokasi baru untuk tahun 2011, kita akan cuba ikhtiarkan demi memenuhi hasrat dan suara ramai. Terima kasih buat semua yang menjayakan program Hari Keluarga 201o ini terutamanya Busu, yang begitu banyak membawa peralatan teknikal bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan berkesan. Terima kasih buat Busu sekali lagi".
.
Tn Hj Bador (Atuk) ketika menyampaikan ucapan penutup Hari Keluarga tahun 2010
Suasana ketika majlis penutup berlangsung
Semua ahli keluarga mendengar amanat yang disampaikan
Sausana yang dirakamkan dari belakang dewan
Dzaqwan yang mulai mengantuk
Dzaqwan duduk di pangkuan 'abah'nya
Suasana dewan ketika mendengara ucapan daripada Tuan Hj Bador
Semua ahli keluarga bersalaman antara satu dengan lain sebaik sahaja program berakhir
.
.
.
Oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: