Pada 31 Ogos 2010, kami sekeluarga telah berbuka puasa di rumah ibu mertua saya di Pancor. Tambah menyerikan majlis adalah dengan kepulangan Syamsul Hafiz (adik ipar saya) yang kebetulan pulang sekejap kerana ada urusan di Subang pada 1 September 2010. Kami telah berbuka puasa dengan meriah sekali.
.
Tetapi apa yang lebih menarik perhatian kami adalah telatah Dzaqwan ketika makan Roti John yang sarat dengan sos cili. Dia ni memang ganaslah, tak kisah pedas dia sapu sampai habis roti John tu.
.
Jomlah sama-sama kita tengok gelagat si Dzaqwan ni.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan