Selasa, 15 Mei 2012

Selamat Pengantin Baru Azura & Ayie !!!


Majlis Perkahwinan Azura & Ayie
13 Mei 2012
Felda Palong 4

SELAMAT PENGANTIN BARU 

Pada 13 Mei 2012 yang lalu, telah berlangsungnya majlis perkahwinan Azura iaitu anak Mak Long Limah dan Pak Long Yaakop bersama pasangannya Ayie. Majlis berlangsung di kediaman Mak Long Limah di Felda Palong 4. Sementara pasangan Azura iaitu Ayie dan keluarga datang daripada Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.

Majlis yang sebegitu meriah ini telah berlangsung dengan lancar serta suasana yang ceria tanpa sebarang gangguan dan penuh kilauan serta bercahaya.

Saya bersama suami dan anak-anak kami Danish, Dhafir dan Dzaqwan turut sama telah menyertai Majlis ini.

Menerusi folder ini dan folder-folder berikutnya anda semua boleh menyaksikan album gambar-gambar yang telah dirakamkan di sepanjang berlangsungnya majlis perkahwinan Azura dan Ayie yang telah sempat dirakamkan menerusi lensa kamera keluarga kami...

Disunting oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Azura dan Ayie begitu juga Mak Long dan Pak Long
Diarak dengan tandu hingga ke pelamin
Ibarat Merpati Dua Sejoli....
Merakamkan gambar kenangan bersama keluarga
Suasana di bawah khemah jamuan
Lagi suasana yang sempat dirakamkan
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى جعل لنا متزوجين وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين كالنجوم للمهتدين


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, pada malam yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

اَللَّهُمَّ يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ ياذاالعرش المجيد فعال لما يريد

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilahmajlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.

اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ اْلعَرُوْسَيْنِ كَمَا أَلَّفْتَ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّيْنِ وَ بَيْنَ آدَمَ وَحَوَّاء، وَبَيْنَ إِبْرَاهِيْمَ وَهَاجَرَ وَسَارَه، وَبَيْنَ يُوْسُفَ وَزُلَيْخَة، وَبَيْنَ أَيُّوْبَ وَرَحْمَةَ، وَبَيْنَ مُوْسَى وَصَفُوْرَه، وَبَيْنَ سُلَيْمَانَ وَبَلْقِيْس، وَبَيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَوْجَاتِهِ الْمُطَهَّرَاتِ رِضْوَانُ اللهِ عَلَيْهِنَّ أَجْمَعِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَتَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَمَحْرُوْمًا يَا أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ.
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَوَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tiada ulasan: