Isnin, 7 Mei 2012

Berkunjung ke Felda Keratong 6

Pada 22 April 2012 yang lalu, suami saya bersama Ibu Mertua saya, Mak Long dan juga Cik Sal telah berkunjung ke rumah sahabat-sahabat Ibu Mertua saya iaitu Cik Nab dan Cik Jah. Cik Nab dan Cik Jah ini merupakan sahabat karib yang dikenali ketika sama-sama mengerjakan ibadah haji pada tahun yang lalu. Suami saya yang kebetulan free pada 22 April telah sudi membawa Ibu Mertua saya, Mak Long dan Cik Sal menuju ke rumah sahabat mereka di Felda Keratong 6.


Di rumah Cik Nab, mereka dijamu dengan jamuan Mi Rebus. Sedap, kata suami saya. Kemudiannya mereka juga telah berpeluang menjamu selera makan tengahari di rumah Cik Jah pula.

Mereka bergerak ke Keratong seawal jam 8.45 pagi dan tiba di Keratong pada jam 11.30 pagi. Mereka bertolak pulang ke Seremban dari Keratong lebih kurang jam 2.00 petang dan sempat juga singgah makan cendol di Bus Stand Kuala Pilah.

Suasana di hadapan rumah Cik Nab

Laman Rumah Cik Nab yang bersih
Pemandangan di dalam rumah Cik Nab
Ini ketika semua sedang menikmati Mi Rebus !
Ini pula rumah Cik Jah
Beginilah suasana di halaman rumah Cik Jah
Cik Jah yang sedang membuat persiapan sebelum Mak Long dan Cik Sal turut sama memasak
Suasana ketika makan tengahari. Pun best jugak, kata suami saya
Menikmati jamuan air panas sebelum pulang
Cik Nab memasukkan buah kelapa untuk sebagai buah tangan di bawa balik ke Seremban
Kelapa ni semua Cik Jah yang tanam !
Cik Jah dan Mak Long menyusun atur semua barangan di dalam bonet kereta
Bersalaman sebelum pulang
Bergambar Kenangan sebelum pulang

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: