Isnin, 7 Mei 2012

Happy Birthday Dayah !


Pada 1 Mei 2012 yang lalu, bertempat di Kampung Changgang, telah berlangsungnya kenduri doa selamat serta tahlil arwah untuk Allahyarham Datuk saya iaitu Allahyarham Hj Bador bin Hamid. Kenduri ini telah berlangsung pada sebelah tengahari dengan hidangan Nasi Ayam dan Mi Sup

Sebaik sahaja selesai majlis kenduri, kami sekeluarga telah meraikan hari lahir adik saya iaitu Ungku Norhidayah Ungku Abu Bakar. Majlis yang diadakan secara sederhana ini tetap meriah dengan senda gurauan saudara-mara yang bersama-sama di dalam majlis berkenaan.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: