Isnin, 25 April 2011

Perkahwinan Hezry & Ekin : Makan di Tempat Duduk Utama

Setibanya kami di rumah Pak Induk di Teluk Intan, kami terus disambut oleh Induk dan Pak Induk. Dan seterusnya kami terus dibawa di bawah khemah jamuan utama bagi menikmati jamuan yang telah disediakan. Lauk yang paling suami saya tidak dapat lupakan adalah lauk 'rendang dendeng'. Memang best!!

Pak Induk membawa semua menuju ke khemah jamuan utama
Mak Long Samsiah dan Wan Asiah mula menyenduk makanan

Ibu Mertua saya (Mak Lang) dan Dhafir mula mengambil tempat



Induk melayan suami saya dan ahli keluarga RAIS yang telah berkesempatan hadir

Pak Induk menghulurkan bekas nasi
Pak Induk sibuk dan bertungkus lumus melayan

Suasana meriah di khemah jamuan orang ramai
Semuanya berkonsepkan 'hidang'

Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: