Pada 24 April 2011, telah berlangsungnya perkahwinan Hezry iaitu adik kepada Pak Induk bertempat di Teluk Intan, Perak. Perkahwinan telah berlangsung dengan meriahnya di mana suami saya telah berangkat ke sana sedari jam 9.30 pagi dari Rumah Mak Usu di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dengan mengikuti jalan lama Kuala Selangor, suami saya dan beberapa lagi ahli keluarga tiba di Teluk Intan pada jam 11.30 pagi.
Turut sama bersama suami saya ke sana ialah Ibu Mertua saya (Mak Lang), Mak Long Samsiah, Wan Asiah, dan anak-anak kami iaitu Danish dan Dhafir.
Berikut disertakan gambar-gambar ketika suami saya dan ahli keluarga yang lain ke sana. Saya tidak dapat menyertai perjalanan ini kerana saya pula pulang ke Kampung saya bagi menghadiri kenduri Arwah Atuk Hj Bador di Kg. Tanah Baru, Johol.
Inilah Ayahanda & Ibunda Pengantin Lelaki dan juga Pak Induk
Pasangan Pengantin Hezry & Ekin
Pasangan Pengantin Hezry & Ekin
Inilah potret keluarga Pak Induk yang telah sempat dirakamkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan