Isnin, 22 November 2010

Menziarahi Keluarga Pak Ngah di Bagan Serai, Perak

Pada 20 November 2010, kami sekeluarga menerima berita Tok Som (ibu mertua Pak Ngah suami saya) telah kembali ke Rahmatullah selepas waktu Zohor. Kami sekeluarga yang yang sedang bersiap-siap untuk hadir ke majlis kenduri kahwin En Yusof agak terperanjat dengan berita ini dan terus merancang perjalanan untuk menziarahi keluarga Pak Ngah di Kg Selama, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
.
Inilah merupakan salah satu perjalanan yang tidak dirancangkan oleh kami semua. So, selepas sahaja selesai hadir ke majlis kenduri kahwin En Yusof, kami terus bersiap-siap untuk ke Perak.
.
Perjalanan kami bermula pada jam 6.00 petang daripada Panchor dengan mengikuti Lebuhraya LEKAS sebelum masuk ke Nilai dan terus mengikut Lebuhraya ELITE dan menuju terus ke Lebuhraya Guthrie dan susur ke utara.
.
Perjalanan disertai oleh Suami saya selaku ketua rombongan, saya, Ibu mertua saya, Mak Long, Wan Asiah, Danish, Dhafir dan Dzaqwan.
.
Kami berhenti di R&R Dengkil seketika kerana anak kami si Dzaqwan yang meragam dan terpaksa ditenang oleh suami saya. Ini menyebabkan pemanduan terpaksa diambil alih oleh Mak Long hinggalah kami berhenti untuk rehat seketika di hentian R&R Tapah.
.
Bermula di Tapah pemanduan diambil alih semula oleh suami saya.
.
Kami tiba di Bagan Serai kira-kira jam 11.30 malam dan berehat terus di rumah Pak Tam. Pada awal pagi kami semua telah pergi menziarahi jenazah di rumah Pak Ngah di Kg Selama, Perak yang terletak kira-kira hanya beberapa meter dari rumah Pak Tam. Kami kembali semula ke Seremban pada 22 November 2010 dan bertolak kira-kira jam 7.00 pagi. Kami tiba di Seremban pada jam 12.00 tengahari.
.
Kami sekeluarga mendoakan semoga roh Tok Som dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
.
Suasana ketika baru tiba di rumah Pak Tam di Bagan Serai
Suasana santai dan rehat di rumah Pak Tam
Afiq yang leka bermain facebook
Ceria sungguh sekelian anak-anak kami!
Ada lah tu yang suka sangat-sangat!
Pelbagai cerita dikongsi
Mak Long sedang menyiapkan lauk-pauk didapur. Lauk-pauk yang dibawa dari Seremban
Iqbal yang kelihatan keletihan, baru tiba daripada Shah Alam
Setelah siap mandi anak-anak kami bergambar dengan motosikal Pak Tam
Ini koleksi terbaru Pak Tam, model BMW harganya kalau tak silap RM 150,000
Dhafir dengan aksi spiderman!!
Dhafir tenang di atas motosikal besar
Danish pun dengan aksinya tersendiri di atas motosikal Suzuki
Bilalah agaknya abah boleh beli motosikal macam ni!
Ini pulak gambar ketika sebelum kami nak bertolak pulang ke Seremban. Ini gambar Iqbal yang masih lena tidur, masa ni dah pukul 6.30 pagiDzaqwan, Dhafir dan Danish pun masih lena lagi.....Sarapan pagi yang telah siap menanti sebelum kami memulakan perjalanan pulang
Dzaqwan yang baru bangun tidur di dalam kereta. Masa ni kami berhenti di R&R Tapah ketika perjalanan pulang
Dzaqwan yang ceria bila diusik...
Saya ketika sedang menunggu minuman tiba...

Danish yang juga baru bangun dari tidur
Dhafir ceria....
Dhafir dan Danish

Danish melayan adiknya Dzaqwan

Dzaqwan mengusik telinganya yang lebar
Iqbal, Induk dan Wan Asiah ketika minum pagi di Tapah
Afiq, Danish dan Mak Usu
Mak Usu yang kelihatan ceria dan menawan...chewahhh!
Induk yang sedang sibuk menyuapkan si Iqbal
Saya melayani karenah si Dzaqwan
Mak Usu bergambar bersama anak dan cucu saudara
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: