Isnin, 22 November 2010

Majlis Perkahwinan Boboi & Isteri di Panchor

Pada 20 November 2010, telah berlangsungnya majlis perkahwinan Boboi iaitu jiran di rumah ibu mertua saya di Kg. Panchor. Lokasi majlis hanyalah berselang satu rumah sahaja dengan rumah ibu mertua saya.
.
Majlis perkahwinan yang berlangsung ini dilangsungkan dalam suasana yang cukup meriah kerana difahamkan yang ini adalah majlis persandingan anak bongsu.
.
Saya dan suami telah turut sama hadir ke majlis yang meriah ini.
. Dhafir ketika bersiap di rumah sebelum berangkat ke rumah pengantin di Panchor
Anak-anak kami yang telah bersiap dengan baju serba merah

Dzaqwan (kanan sekali) tersenyum
Saya yang telah bersedia dengan hadiah sebelum ke rumah pengantin
Suasana ketika kami baru tiba
Suasana di bawah khemah jamuan yang penuh sesak
Abang Mahad dan keluarga yang sedang menjamu selera
Suasana di tempat mengambil makanan
Inilah pelamin yang disiapkan sendiri oleh ahli keluarga
Hidangan utama untuk pasangan pengantin
Foto pasangan pengantin yang dirakamkan dalam suasana penuh romantis!
Sanak saudara di dalam perkarangan rumah menanti ketibaan 'Raja Sehari'
Petugas mencuci penggan yang sibuk sejak dari pagi
Akhirnya pengantin tiba dengan konsep baru, santai di mana pengantin lelaki tidak bersongkok serta tanpa sampin songket
Pengantin tiba dengan 'mood' ceria
Diiringi dengan beberapa orang 'flower girls'
Suasana para tetamu menanti ketibaan pengantin
Kelihatan bapa pengantin (Tuk Teh) turut menanti ketibaan pengantin
Pengantin mula memasuki perkarangan rumah menuju ke tempat persandingan
Duduk di atas singgahsana pelamin
Detik bersejarah dirakamkan
Sesuai dan sepadan bak 'merpati dua sejoli'
Pasukan kompang yang didatangkan khas daripada Gedong Lalang
Pelbagai lagu dinyanyikan mengikut paluan kompang
Saya turut sama memerhatikan majlis persandingan dari luar perkarangan rumah
Suasana di hadapan pelamin yang meriah dirakamkan dari luar rumah
Saya bersiap sedia meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai makan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: