Selasa, 30 November 2010

Membeli Belah di IKEA

Pada 27 November 2010, saya dan suami berserta anak-anak telah berjalan-jalan sambil membeli belah di IKEA Superstore di Damansara. Antara lain sebagai persediaan membeli barang-barang untuk hadiah Family Day RAIS 2010 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Disember 2010 nanti di Klebang Beach Resort, Melaka.
.
Untuk makluman semua, buat masa ini, semua ahli keluarga suami saya tengah 'excited' nak pergi Family Day dan tengah pesat mencari hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah nanti. Suami saya selaku pengerusi tetap Family Day ini pun terpaksa jugaklah buat survey bagi mendapatkan hadiah-hadiah yang menarik di IKEA.
.
Di IKEA ni banyak juga barang yang ok untuk dibuat pilihan, tapi ye lah, nak sampai ke sana bukan senang, tapi akhirnya dapat jugak pergi. Dah lama juga tak ke sana. Apa pun terima kasih buat suami saya yang telah sudi membawa kami semua.
.
Kami tiba dalam pukul 9.30 pagi. Masa tu IKEA baru bukak, so, senang lah nak parking. Dan juga kami kebetulan kena pergi awal sebab banyak event kenduri kahwin nak pergi so, kenalah balik sebelum pukul 1.00 di Seremban
.
So, seperti biasa, berikut dikongsikan beberapa gambar ketika kami berada di sana.
.
Danish ketika kami bersarapan sebaik sahaja selesai membeli belah
Danish dan Dhafir bergambar bersama suami saya Lagi gambar dirakamkan
Dhafir ketika menikmati kuih karipap IKEA
Saya pun sama.....
Pemandangan kaunter bayaran yang masih lengang bagi menunjukkan betapa awalnya kami sampai
Danish dan Dhafir bergambar dengan pokok hiasan sempena Krismas
Saya dan anak-anak
Kami berjalan seketika di kedai-kedai bersebelahan
Saya memasuki PADINI untuk mencari baju untuk anak-anak...
Danish dan Dhafir riang dapat berjalan-jalan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: