Selasa, 30 November 2010

Membeli Belah di IKEA

Pada 27 November 2010, saya dan suami berserta anak-anak telah berjalan-jalan sambil membeli belah di IKEA Superstore di Damansara. Antara lain sebagai persediaan membeli barang-barang untuk hadiah Family Day RAIS 2010 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 12 Disember 2010 nanti di Klebang Beach Resort, Melaka.
.
Untuk makluman semua, buat masa ini, semua ahli keluarga suami saya tengah 'excited' nak pergi Family Day dan tengah pesat mencari hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah nanti. Suami saya selaku pengerusi tetap Family Day ini pun terpaksa jugaklah buat survey bagi mendapatkan hadiah-hadiah yang menarik di IKEA.
.
Di IKEA ni banyak juga barang yang ok untuk dibuat pilihan, tapi ye lah, nak sampai ke sana bukan senang, tapi akhirnya dapat jugak pergi. Dah lama juga tak ke sana. Apa pun terima kasih buat suami saya yang telah sudi membawa kami semua.
.
Kami tiba dalam pukul 9.30 pagi. Masa tu IKEA baru bukak, so, senang lah nak parking. Dan juga kami kebetulan kena pergi awal sebab banyak event kenduri kahwin nak pergi so, kenalah balik sebelum pukul 1.00 di Seremban
.
So, seperti biasa, berikut dikongsikan beberapa gambar ketika kami berada di sana.
.
Danish ketika kami bersarapan sebaik sahaja selesai membeli belah
Danish dan Dhafir bergambar bersama suami saya Lagi gambar dirakamkan
Dhafir ketika menikmati kuih karipap IKEA
Saya pun sama.....
Pemandangan kaunter bayaran yang masih lengang bagi menunjukkan betapa awalnya kami sampai
Danish dan Dhafir bergambar dengan pokok hiasan sempena Krismas
Saya dan anak-anak
Kami berjalan seketika di kedai-kedai bersebelahan
Saya memasuki PADINI untuk mencari baju untuk anak-anak...
Danish dan Dhafir riang dapat berjalan-jalan
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Selamat Pengantin Baru Buat Zakaria & Norhasliza!!

Selamat Pengantin Baru
. Zakaria & Norhasliza
28 November 2010
Bertempat di Kg. Bukit Perah, Batu Kikir
.
.
Perkahwinan ini merupakan perkahwinan anak kepada Induk Leha di Batu Kikir. Induk Leha ini merupakan kalau tak silap saya, berpupu dengan Arwah Ayah Mertua saya. So, memang kira saudara lah ni. Perkahwinan ini memang meriah, cuma rasanya, khemahnya tak cukup, dan lauknya pun terlalu simple. Yang paling tak boleh lupa gulai terung ikan masin memang best, tapi tak cukup. Itulah yang best nya kalau kenduri kat kampung, lauknya memang best lah.
.
Apa pun kami sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!!!
.
Suasana di bawah khemah ketika kami baru sampai
Pelamin bertemakan warna hitam putih tersergam indah
Ruang hidang Raja Sehari pun kelihatan cantik
Suasana sebelum ketibaan para tetamu
Saya dan anak saya yang kedua, Dhafir
Danish bergambar di pelamin
Saya dan ibu mertua saya
Saudara-mara daripada 'Baruh'
Yang baju biru (tak nampak muka) tu Wan kepada suami saya
Achik Nan bersama Induk Ajoy (bapa saudara suami saya)
Dari kiri; Wan Achik, Wan Alang, Induk Rohaya dan Wan Itam
Kelihatan tukang masak yang sedang bertungkus-lumus di dapurInduk Md Zin yang sedang hisap rokok, rehat sekejap sewaktu sedang sibuk memasak
Suasana ketika orang ramai mula mengambil hidangan
Saya dan anak saya booking tempat duduk sementara menanti suami mengambil makanan Keluarga pengantin lelaki yang berpakaian sedondon!
DJ bertugas menemuramah 'orang pangkal'!
Wan yang sedang makan. Masa ni kat bawah khemah memang dah penuh tak ada tempat duduk
Kelihatan pasangan pengantin baru tiba
Pengantin perempuan bersalaman dengan ibu mertua
Kedua-duanya kelihatan ceria
Pasangan menuju ke pintu gerbang
Akhirnya tiba di pintu gerbang
Bergambar di pintu gerbang
Akhirnya bersanding di atas pelamin...
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Saja-Saja Ambik Gambar!!

Ini adalah beberapa gambar yang saja-saja diambil. Tak taulah nak tagging under apa. So, kepada yang nak tengok, .... tengok je laa.....
. Gambar suami saya bersama dengan anak-anak di ruang tamu
Amacam? Comel tak Dzaqwan?
Wajah keriangan dua beranak!
Lagi gambar menarik yang dirakamkan...Dzaqwan dengan kopiah abangnya...
Ini gambar Dzaqwan semasa kami makan di Food Court, Seremban Parade
Lawa sangatlah tu bila buat mulut macam tuh!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Selasa, 23 November 2010

Usaha Mencari Juara Baru GAGAL!!

Setelah kecewa tidak dapat beraksi di dalam pertandingan bowling pada 22 November 2010, maka kami telah mengambil keputusan untuk 'repeat' semula hasrat kami pada 23 November 2010 di Ampang Bowl, Seremban Parade. Demi kepuasan pada petang itu kami telah memilih untuk beraksi dalam tiga game untuk memberikan ruang dan peluang kami menewaskan Acoy (suami saya) yang begitu sombong dengan kemenangannya sebelum ini.
.
Achik (anak Kak Ina) selaku pendatang baru juga mencuba nasib untuk menempatkan diri di kalangan yang terbaik. Nabila begitu juga bersama Dayah @ Darea yang mencuba pelbagai teknik dan cara untuk merampas kejuaraan. Saya pun samalah juga, manalah tahu nasib menyebelahi...
.
Akhirnya setelah tamat tiga permainan nyata usaha mencari juara baru GAGAL apabila sekali lagi Acoy mempertahankan kejuaraannya.
.
Kedudukan keseluruhan adalah seperti berikut:
.
1. Syamsul Amri (Acoy) : 158, 132, 167 = 457 mata
2. Dayah : 71, 94, 97 = 262 mata
3. Nabila : 67, 81, 61 = 209 mata
4. Noi/Yat : 64, 69, 67 = 200 mata
5. Achik : 15, 67, 33 = 115 mata
.
Dengan kedudukan ini cabaran masih lagi terbuka, dan kepada semua yang gagal cuba lagi di lain masa....
.
Achik ketika bersiap sedia membuat balingan
Danish ceria menyaksikan pertandingan berlangsung
Dzaqwan pun ceria....!
Dhafir dengan aksi tersendiri
Sudah tak sabar nampaknya!!!
Dzaqwan bergambar bersama Abahnya selaku juara
Saya ketika membuat lontaran pertama....
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)