Isnin, 11 Oktober 2010

Selamat Pengantin Baru buat Afendi & Azila !!

Pada 10 Oktober 2010 (10.10.2010), telah berlangsungnya majlis perkahwinan saudara iaitu dua pupu kepada suami saya, Afendi bersama pilihan hatinya Azila. Majlis persandingannya telah berlangsung meriah bertempat di tanah kelahiran suami saya iaitu di Kg Batu Kikir, Jempol. Majlis perkahwinan sebelah pihak perempuan telah berlangsung seminggu sebelumnya di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan.
.
Kami tiba di Kg. Batu Kikir seawal jam 9.30 pagi kerana pada tarikh yang sama terdapat banyak lagi jemputan yang tidak dapat dielakkan kerana ramai yang memilih tarikh keramat 10.10.2010 ini untuk melangsungkan perkahwinan. Apa pun, kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat Afendi dan Azila, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta berbahagia hingga ke akhir hayat.
.
.
SELAMAT PENGANTIN BARU
.
Afendi & Azila
.
10.10.2010
.
Kg. Bukit Perah, Batu Kikir, Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus
.
.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon doa restu Mu,
Berkatilah kami dan semoga
majlis kami ini berjalan dengan sempurna
seperti mana yang
Kau kehendaki dan semoga
jodoh pertemuan ini berkekalan
hingga ke syurga Mu....
.
Poster yang mengalu-alukan kehadiran para tetamu
Meja pengantin yang sedang persiapkan oleh katerer
Saya dan anak-anak bersedia bergambar bersama Pak Ngah
Singgahsana yang tersergam indah buat Raja Sehari
Bukan main lagi Dhafir bergambar bersama Pak Ngah
Suasana ketika wan-wan dan mak-mak saudara berkumpul
Suasana di ruang tamu di dalam rumah
Bergambar bersama mak-mak saudara suami (acoy) yang cun melecun
Dari kiri; Andak Eton, suami saya, Achik Suri dan Mak Long
'Flower Girls' bergambar bersama
Flower Girl 1
Flower Girl 2
Flower Girl 3
Flower Girl 4
Sedang berbual pelbagai perkara. Almaklumlah jarang-jarang dapat berjumpa
Ada sahaja benda yang mencuit hati yang ditimbulkan oleh suami saya
Kalau bergambar, signal jari mesti tak tinggal!
Mula dijemput untuk makan
Meja pengantin yang telah siap dihias
Induk Md Zin, Ateh Rohana dan Andak Eton yang telah bersedia awal untuk menyambut tetamu
Semua ahli keluarga telah memulakan sesi makan
Insuk Embong memulakan makan dengan dessert 'cendol'
Achik Suri dengan Ateh Rohana di pintu masuk utama
Katerer yang menjaga hidangan 'cendol' yang laris!! Mano tak eh, paneh!!!
Induk Md Zin nampak steady, Achik Nan pulak dah mulo berkoghut dahi sobab paneh!!
Berpeluh-peluh dah semuanya
Ateh Rohana yang begitu bersemangat menyambut tetamu walaupun panas
Saya duduk di antara Induk Syam dan Wan Alang ketika makan
Suasana di ruang jamuan tetamu
Tetap meriah bila makan bersama keluarga
Di antara tetamu yang hadir
Disambut dengan penuh seri dan ceria!
Ruang letak kereta khas untuk tetamu yang hadir
Hidangan untuk pengantin juga telah siap terhidang
Kini hanya menanti disantap oleh Raja Sehari!
Ruang pelamin juga yang telah tersedia untuk Raja Sehari
Cukup indah dan meriah
Beginilah meriahnya keadaan ketika tetamu mengambil hidangan yang disediakan'Flower Girls' yang bersiap sedia mengiringi pengantinKelihatan rombongan Pengantin telah tiba...Afendi dan Azila yang kekal ceria menuju ke singgahsana...
Mula membelok masuk menuju pintu masuk utama
Mula mendaki naik ke jalan yang agak berbukit
Flower Girls mula mengambil tempat!
Bersedia untuk mengiringi....
Mercun dan letupan meriam buluh berdentam dentum! Acik Nan nilah yang menjadi Arkiteknya!!!! Bangga nampak!
Bersedia untuk berarak masuk ke halaman rumah
Sementara itu Induk Embong yang mula kepanasan duduk menghadap kipas sambil mengibas suratkhabar
Bermulalah perarakan masuk
Induk Embong masih lagi belum selesai dengan 'kepanasannya'
Pasangan Pengantin tenang menuju ke ruang persandingan
Suasana di bawah khemah jamuan VVIP
Tenang di atas pelamin
Memang secocok! Ibarat Pinang Dibelah Dua!
Paluan kompang kumpulan Sri Wira JuassehPelbagai lagu yang dialunkan
Bermulalah sesi menepung tawar
Sanak saudara ada yang berehat-rehat di bawah pepohonan yang redup semasa istiadat menepung tawar dilangsungkan
Flower Girls setia di hadapan pelamin
Sabar menanti di hadapan pelamin
Istiadat menepung tawar secara bergilir-gilir
Di bawah khemah utama VVIP kekal meriah
Kelihatan Pak Long Yasin, Kak Long dan Wan Angah Minah yang baru tiba
Kek Pengantin tiga tingkat yang digubah sebegitu cantik
Memang kena pada tema dan warnanya. Sayang, sebab tak sempat merasanya....
Saya dan anak-anak lepak di buaian bersama ibu saya yang turut hadir bersamaInduk Embong ketika menepung tawar
Ibunda Afendi yang tersayang iaitu Mak Ngah Samsiah yang baru tiba terus sahaja menepung tawar
Mak Ngah Samsiah merenjis air mawar
Ibunda sempat menyampaikan kata-kata pesanan buat Afendi selaku anakanda putera tersayang
Suasana dirakamkan dari hadapan pelamin
YB Dato' Hj Lilah Yasin bersama YBhg Datin yang turut hadir ke majlis ini
Induk Embong yang masih lagi setia di hadapan kipas angin!
Sesi jejak kasih yang masih belum selesai bersama Mak Ngah Samsiah. Almaklumlah, Mak Ngah Samsiah sudah lebih 20 tahun tidak bersua dengan saudara-mara dan sahabat handai di kampung ini. Saya dan suami saya sendiri pernah terserempak dengan Mak Ngah Samsiah ketika di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) KL, ketika shopping sekitar tahun 2002
Bapa Saudara kepada Afendi yang datang jauh dari Jepun untuk melihat majlis perkahwinan anak saudaranya
Ternyata ini merupakan majlis yang sangat bermakna buat semua...
Bapa saudara dan ibu saudara Afendi bergambar bersama kedua-dua mempelai
Afendi cukup ceria dengan kehadiran bapa saudara & ibu saudaranya
Ini pula suasana ketika di meja santapan diraja untuk Raja Sehari
Gerak je pengantin, anak-anak saya pulak 'take-over' mengerjakan pelamin... Tak taulah nak kata apa!
Danish mengetuai sesi mengusik bersama-sama Dhafir dan Dzaqwan!
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: