Selasa, 26 Oktober 2010

Kembara Pangkor 2010 : Ke Kilang Hai Seng Hin (Kilang Satay)

Dari Pantai kami terus dibawa oleh pemandu pelancong menuju ke Kilang Hai Seng Hin yang lebih dikenali sebagai Kilang Satay yang terkenal sebagai kilang pembuatan makanan berasaskan hidupan laut seperti sotong, ikan dan sebagainya.
.
Yang paling mencuri tumpuan rasanya ikan bilis lah kot. Macam-macam jenis ikan bilis. Yang paling popular Ikan Bilis mata biru. Tapi puas jugak membeleknya, tak taulah tang mana birunya. Tapi kalau goreng dengan kuih kodok sedap gak laa.
.
Yang lain satay-satay macam yang kita makan kat sekolah dulu banyak laa. Tapi, rasanya macam kat Lumut lagi murah. Tetapi, menurut pemandu pelancong tu, di Kilang Satay ni barangnya lagi 'fresh'. Ya tidaknya tak taulah. Manalah kita tau kok si pemandu ni pun makan komisen dengan kilang ni ke, mana kita tau ye tak.
.
Apa pun yang bagusnya kat sini, pilihan banyak. Siapa yang pergi Pangkor biasanya wajib singgah kat sini.
.
Semasa perjalanan kami melalui Teluk Dalam Resort
Kat Teluk Dalam ni lah penggambaran "Senario Beach Boy" dijalankan
Suasana di dalam van selepas melepasi Teluk Dalam Resort
Pemandangan yang indah
Ini dahulunya Restoran Seafood, tetapi gagal dimajukan... menurut kata pemandu pelancong tu laa
Ini pulak tempat pembinaan kapal
Difahamkan pembinaan kapal memakan masa 3 ke 4 bulan untuk disiapkan Ha nampak tak kapal yang sedang dalam proses disiapkan
Ini tempat tukang kapal tu kot
Nampak kan rangka kapal yang dah mula terbentuk tu
Tu yang merah tu, kapal yang baru disiapkan. Lingkungan harga dalam RM 400,000 sebuahIni suasana ketika baru tiba di Kilang hai Seng Hin (Kilang Satay)
Mazlan yang dah selesai membeli
Aziz dan Ruhi sibuk memilih ikan bilis
Halim masih mencari-cari
Ruhi : Beli semua ikan bilis ni kak! Jangan tinggal seekor pun!
Suasana di dalam kilang dimana pekerja sedang menjalankan kerja pembungkusan
Suasana di luar kilang
Saya pulak terlibat membelek ikan bilis
Halim tengah confirmkan dengan mak dia jenis ikan bilis yang nak dibeli
Suasan ceria di luar kilang selepas selesai membeli belah
Ini gambar apa? Agak-agak?
Ini adalah ikan-ikan bilis yang dijemur di bawah terik matahari
Memang banyak Kalau macam nilah stok ikan bilis kat rumah saya. Kan bagus. Ikan bilis lah 'favourite' saya
Ruhi bergambar dengan sotong.... Dahsyat gak gaya dan posing Ruhi ni. Tak sangka!!!
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: