Selasa, 26 Oktober 2010

Kembara Pangkor 2010 : Singgah Solat di Masjid Pangkor

Setelah selesai melawat Kota Belanda, kami semua telah singgah di Masjid Teluk Raja di Pangkor. Di sana kesemua kami bersolat Jamak, menjamakkan Zohor dan Asar, memandangkan masa dah pun masuk waktu Zohor. Selepas ini, mudahlah perjalanan kerana tak perlu singgah-singgah lagi. Selepas ini bolehlah terus ke jeti Pangkor, dan terus balik.
.
Cantik dan selesa juga masjidnya. Ada yang solat dan ada juga yang mengambil kesempatan menyempurnakan hajat. Masjid terletak dekat saja dengan jeti, rasanya perjalanan tak sampai 5 minit pun. Difahamkan bahawa masjid ini juga terletak hampir dengan kampung halaman Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
.
Pintu gerbang masuk ke masjid
Saya sedang mengira wang tambang yang dipungut daripada semua untuk dibayar kepada pemandu
Pemandangan dari luar masjid
Masih belum selesai mengira
Laa... kenapalah gambar ni jugak yang dirakam?
Laa... tak habis lagi kira duit!
Senang hati bila kira duitnya dah cukup!
Semua sekali RM 70.00 untuk round sekeliling Pulau Pangkor
Laa... kira lagi macam berat je nak bayar!
Gambar ni jugak yang diambik! Yang suka sangat kat gambar duit ni apasal???
Rayyan yang sudah mula menunjukkan wajah kepenatan
Walau penat, tetap ceria
Lagi gambar dirakamkan
Pelbagai telatah dan gelagat Rayyan
Akhirnya bila semua dah keluar dari Masjid .... hanya Rizal dan Ruhi saja yang lambat!
.
.
.
Disediakan oleh : Syamsul Amri bin Hj Ismail (ACOY)

Tiada ulasan: