Khamis, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 Hijrah - Pengerusi RAIS

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah sekali lagi pada tahun ini kita berpeluang sekali lagi bersama-sama menyambut Syawal. Saya sendiri merasakan seolah-olah baru semalam sahaja saya menyambut hari lebaran semasa saya masih bersekolah rendah. Dahulunya, kalau beraya di rumah jiran-jiran (secara berkumpulan), rasa seronok sangat. Boleh kata, rata saya berjalan di kawasan perumahan Panchor di Seremban (rumah ibu saya - tempat saya dibesarkan sejak darjah 1 lagi).

Kalau masuk je rumah yang bagi 20 sen, besar sangat rasanya. Kira kayalah tu. Normalnya 10 sen. Apatah lagi kalau bagi 50 sen. Tapi, cubalah kalau hari ni bagi 20 sen. Mahu dikutuknya kita lagi ada. Tapi yalah, manalah boleh kita nak samakan hari ni dengan 25 tahun yang lalu. Jauh bezanya. Taraf hidup pun dah jauh berbeza, manalah boleh nak dibandingkan dengan zaman 'facebook' yang dan teknologi yang kian berkembang ini. Zaman ni, kalau bagi RM1 pun ramai budak-budak yang marah. Mungkin mereka terlupa dengan konsep ikhlas dan kemampuan. Jangan pulak kita sampai membebankan diri kita, beri duit raya sehinggakan kita terlupa wang simpanan untuk keperluan keluarga di dalam mengharungi kehidupan seharian.

Kalau mampu beri banyak, berilah banyak, kalau sedikit saja yang mampu, sekadaran sahajalah, dan sekiranya tidak mampu, usahlah diberi. Kalau kita ini susah, memberi juga kerana nak mengikut orang, lebih baik tak usah. Tak ada faedahnya, mahupun pahala.
Tidak mengapalah bukannya saya ingin mengulas panjang pun kali ini, cumanya menerusi kesempatan ini, saya Syamsul Amri bin Hj Ismail, dengan ini mewakili diri saya dan ahli keluarga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Sudi-sudikanlah datang ke rumah ya. Mudah-mudahan, menerusi usaha ini hubungan kita akan lebih mesra dan rapat lagi.


Sekian dan Wassalam.

Syamsul Amri bin Hj Ismail

Tiada ulasan: