Isnin, 12 September 2011

Beraya 10 September 2011 : Beraya di Rumah Farihah (Far)

Sebaik sahaja selesai berhari raya di rumah Atil, kami terus menuju ke rumah Farihah (juga rakan baik saya sejak sekolah). Masa kami sampai, barulah kami tahu yang kebetulannya Far sekeluarga merancang pada hari yang sama untuk mengadakan jamuan Hari Raya di rumah mereka.

Far tinggal di Taman TTDI Shah Alam. Kesian Far, sebab masa kami tiba pagi tu, rupa-rupanya Far ada satu kelas di Politeknik Shah Alam, so kenalah dia pergi ke kelas tu dulu. Walaupun demikian, Far dan suaminya Abang Sabar tetap sempat melayan kami menikmati jamuan istimewa Far, apalagi kalau bukan Laksa yang memang menjadi 'specialty' Far sejak sekolah lagi. Memang bestlah, saya, suami dan anak-anak memang bertambah-tambah makan Laksa ni.

Terima kasih banyak Far!!!


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: