16 Julai 2011, genaplah umur saya mencecah 31 tahun. pada hari lahir saya tahun ini, suami saya agak sibuk dengan jadual ceramahnya yang padat. Maka, pada 16 Julai 2011, tiada sebarang aktiviti untuk saya dan keluarga bersempena dengan birthday saya memandangkan pada 15 Julai 2011 (malam) hinggalah ke 17 Julai 2011 (tengahari) jadual suami saya padat dengan ceramah.
Oleh yang demikian, pada 17 Julai 2011 petang, suami saya telah membawa saya dan anak-anak bersiar-siar di Kuala Lumpur. Apa yang menggembirakan, suami saya telah sudi membawa kami sekeluarga ke Pavillion, Kuala Lumpur. Memang besar betul Shopping Mall ni, banyak betul pilihan. Harga boleh tahan gak laa. Suami saya kata, tak apalah kita ke sana, nanti kalau orang bukak cerita pasal Pavillion, at least kita dah pernah pergi!
Selepas selesai kami bersiar-siar, suami saya telah membawa kami makan di tempat 'favourite' kami, apa lagi kalau bukan BB Chicken Rice (Nasi Ayam Bukit Bintang). Macam biasa! Memang best.
Terima kasih buat suami kerana sudi membawa kami berjalan-jalan walaupun agak kepenatan dengan jadual ceramahnya yang padat!
berikut dikongsikan gambar-gambar semasa kami di Kuala Lumpur!
GAMBAR-GAMBAR DI PAVILLION KUALA LUMPURSUASANA DI BB CHICKEN RICEDisediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
1 ulasan:
kak yat, tak cakap pun datang...hello lah pat lain kali leh join.. (tapi pat kat KB waktu tu..hehe)
Catat Ulasan