Isnin, 4 Julai 2011

Family Day RAIS 2011 Berlangsung Meriah!!

26 Jun 2011, Jelebu : Hari Keluarga RAIS 2011 buat Kali Ke-8 telah berlangsung dengan meriahnya pada 24 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011. Hari Keluarga RAIS buat Kali Ke-8 ini berlangsung di Kampung Sungai Buloh, Jelebu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran Hari Keluarga RAIS. Program Hari Keluarga RAIS ini telah berlangsung sebanyak 4 kali di Klebang Beach Resort, Melaka, sekali di Apartment Seri Bulan, Port Dickson, sekali di Penang Beach Hotel, dan sekali di D'Village, Cherating, Pahang.

Penganjuran kali ke 8 ini menampakkan kelainan dengan penglibatan penduduk-penduduk Kg. Sungai Buloh yang bekerjasama dalam konsep gotong-royong dan konsep KENDURI khusus untuk dipaparkan kepada sekelian generasi di dalam Keluarga RAIS ini.
Menurut Sdr Syamsul, Pengerusi Tetap Hari Keluarga RAIS, "Penganjuran pada tahun ini cukup bermakna sekali memandangkan ia melibatkan penduduk-penduduk Kg. Sungai Buloh di mana menjadi Kampung asal Keluarga RAIS ini. Melalui pendekatan ini, anak-anak dan cucu-cucu akan sedar dari mana asal-usul kelahiran ibu bapa mereka dan dengan itu mereka tidak akan pernah melupakan kampung halaman".

Menambah kenangan manis penganjuran pada tahun ini, adalah dengan kepulangan Achik Julie dan juga anaknya Anna Zannira daripada Heidelberg, Jerman. Dengan kepulangan mereka dengan ini melengkapkan kehadiran ahli keluarga memandangkan Achik Julie telah pun bermastautin di Jerman. Kali terakhir Achik Julie pulang bersama keluarga adalah ketika Program Hari Keluarga RAIS di Penang Beach Hotel, Pulau Pinang pada tahun 2007.
Berikut dikongsikan gambar-gambar di sepanjang berlangsungnya program Hari Keluarga RAIS 2011 buat kali ke 8 di Kampung Sungai Buloh, Jelebu.


Suasana ketika ramai-ramai menumbangkan lembu sebelum disembelih


Ustaz Norazman Mohamad mengisi slot ceramah "Keluarga Bahagia"


Suasana ketika majlis tahlil Arwah berlangsung


Suasana ketika jamuan makan kenduri pada waktu tengahari


Ini pula semasa program sukaneka kanak-kanak dijalankan


Suasana di bawah khemah tempat tidur beramai-ramai


Ini pula ketika sesi bertukar-tukar hadiah dan cabutan nombor bertuah


Ini pula sesi makan tengahari sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing


Sesi Bergambar Kenangan Keluarga RAIS 2011


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)


** Gambar-gambar keseluruhan program boleh dilihat menerusi folder-folder berikutnya.

Tiada ulasan: