Isnin, 6 Jun 2011

Selamat Pengantin Baru buat Norisam & Zaidi....

Assalamualaikum WBT buat semua yang sudi melayari blog ini. Di kesempatan ini saya ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Pengantin baru buat kedua-dua mempelai.... iaitu Norisam yang juga saya kenali sebagai Induk Sham bersama pilihan hatinya Zaidi yang akhirnya menjadi pilihan untuk mengisi kekosongan hatinya buat sekian lama.


Di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru serta mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan sehingga ke akhir hayat. Kegembiraan Induk Sham dan suami adalah merupakan kebahagiaan buat kita semua termasuklah saya dan keluarga saya. Menerusi Laman Blog ini saya menitipkan doa untuk tatapan Induk Sham dan Suami dan semoga doa ini diperkenankan oleh Yang Maha Esa dan semoga hidup Induk Sham dan suami diberkati Allah hendaknya....
"Alhamdulillahirabbil 'Aalamiin, Wassolatuwassalaamu 'Alaa Asyrafil Anbiaa' Iwal Mursaliin, Wa 'Alaa Aalihi Wasohbihi Ajma'iin.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, ZAIDI dan NORISAM. Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan..Wasallallahu 'Alaa Saidian Muhamdin Wa 'Alaa Alihi Wasohbihi Wasallam, Walhamdulillahirabbil 'Aalamiin".Semoga Engkau memperkenankan doa hamba Mu ini Ya Allah. Sesungguhnya kaulah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani malah Maha Memakbulkan Setiap Doa Kami...
















Ikhlas daripada... Syamsul Amri bin Hj Ismail (Acoy)














Tiada ulasan: