11 Jun 2011, Puchong : Setelah berhempas pulas kenduri pada minggu lepas, pada minggu ini tiba pula giliran untuk menghantar Induk Sham ke rumah pengantin lelaki. Rombongan telah tiba sejak jam 10.00 pagi lagi di rumah Andak Iton di Puchong Perdana. Rumah pengantin lelaki di Puchong Prima hanya memakan masa lebih kurang 10 minit sahaja dari rumah Andak Iton. So, kami tiba di rumah Andak Iton kira-kira jam 11.30 pagi. Di sana, kami telah sempat menikmati minuman pagi dengan pelbagai hidangan ringkas seperti ubi rebus, sira ubi dan lain-lain lagi.
Selepas selesai minum, berbual-bual dan bersiap-siap, maka lebih kurang jam 12.15 tengahari kami mulalah bergerak menuju ke rumah pihak pengantin lelaki.
Semua saudara-mara telah pun siap sedia berkumpul di sana semasa kami tiba. Meriahlah rumah Andak Iton dengan pelbagai karenah dan gelagat. So, sempat jugalah gambar-gambar dirakamkan semasa di sana. Kepada semua pembaca dan pengikut blog ini, bolehlah saksikan gambar-gambar di dalam folder ini dan folder-folder berikutnya. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog keluarga ini.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan