Pada 28 Mei 2011, sebaik sahaja selesai menghadiri kenduri kahwin Along (anak Kak Ngah PRSP Paroi) kami sekeluarga terus ke Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur bagi memenuhi janji untuk ke rumah Fatmah Faisol (Pat) iaitu sahabat dan juga merupakan bekas anak murid debat suami saya ketika di UiTM dulu.
Tujuan ke sana adalah bagi melawat Pat dan suaminya Fauzi yang baru sahaja dikurniakan puteri pertama mereka iaitu Nur Alia. Memang comel. Geram! Rasa macam nak gigit-gigit. Yang best bila kat sana, dapat jugaklah lalu dan tengok rumah besar-besar kat sana. Selama ni asyik dengar cerita je atau tengok berita je (kes tanah runtuh), hah sekarang dapat ke sana.
Dan yang paling best sekali adalah apabila Fauzi dan Pat ajak kami makan di Restoran Cheng Ho di Wangsa Maju. Terima kasih banyak buat Fauzi dan Pat, tapi... nanti kalau ke Seremban kami bawak ke tempat yang best jugak! Don't worry!! Apa pun terima kasih, sesungguhnya hanya Allah sahaja dapat membalas budi dan jasabaik kalian.
Baby Alia...Berada di pangkuan mama nyaNur Alia dipangku oleh mama nyaAksi Dzaqwan....Dhafir AmriLihatlah aksi ketiga-tiga putera kami... Dzaqwan leka bermain...Dzaqwan membayangkan yang dirinya sedang menunggang motosikalSuami saya duduk rehat di kerusi rehat 'mahal'!!Berebut nak naik!!Alia tenang...Dzaqwan membunyikan bunyi motosikal 'vroom'!!Dzaqwan yang sememangnya 'obses' dengan helmet!Dzaqwan meniti dan memanjat sendiri untuk naik ke atas motosikal ini!Merangkak untuk berusaha mencapai 'handle' motosikalPat dan suaminya Fauzi melayan karenah Alia sambil diperhatikan Dzaqwan
Ini pula suasana ketika kami tiba di Restoran Cheng Ho milik Amy Search
Dhafir sewaktu menanti makanan dihidangkanDanish Amri... putera sulung kami...Dzaqwan yang berada dalam keadaan terkawal di sebelah AbahnyaSesuatu yang menceriakan Fauzi dan suami sayaSaya bersama Pat. Dulu, pernah ada yang kata muka kami macam adik beradik! Ada tak?Bergambar di hadapan Restoran Cheng HoPatma memangku Alia yang sedang tidurGiliran kami sekeluarga pula bergambarMemang best lah makan kat sini, lain kali boleh datang lagi (kalau ingat jalanlah!)
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan