Isnin, 9 Mei 2011

Apak Sidek ke Mekah : Keberangkatan ke Tanah Suci Mekah

Setelah selesai mendengar taklimat daripada wakil agensi Travel, Apak Sidek akhirnya bersedia untuk berlepas ke Tanah Suci. Kami semua yang hadir turut sama mengiringi Apak di Balai Perlepasan. Suasana penuh ketenangan menyaksikan Apak pergi menyahut seruan Ilahi di Tanah Suci. Bersamalah kita berdoa agar Apak berjaya mengerjakan ibadah Umrah dengan tenang dan sempurna, dan semoga Apak Sidek turut beroleh keberkatan di sepanjang berada di sana.

Suasana ketika Apak mula mengemas barangannya untuk berangkat ke Tanah SuciSemua sanak saudara mula bersalaman dengan Apak SidekMula bergerak ke balai perlepasan Ibu Mertua saya (Mak Lang) dan Mak Long turut sama mengiringiPelbagai pesanan yang dikongsi kepada Apak SidekApak Sidek kekal dengan wajah tenangnyaKak Long Pahang bergambar di hadapan kedai beg Carlo Rino... nak beli ke??? Bergambar beramai-ramai sebelum berlepasLagi gambar yang dirakamkan Gambar beramai-ramai diabadikan menerusi lensa kamera ini...Sahabat baik Apak Sidek yang turut sama pergi ke Tanah Suci bergambar dengan anaknya Apa Sidek mula mengajukan passportnyaApak Sidek ceria sebelum berlepas...Melambai ke arah saudara mara sambil menuruni eskalator...Sanak saudara memerhatikan dari kejauhan...Masih menuruni eskalator... Semakin jauh menuju ke pintu perlepasanSemua masih lagi memerhatikan...Ini anakanda-anakanda kami yang turut sama berada di sana, Dzaqwan, Dhafir dan Danish


Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: