Bercuti di Terengganu
26 Februari 2011
.
Melawat ke Kilang Batik
Dan Sekitar Tempat Menarik di Kuala Terengganu
.
.
Sarapan yang telah tersedia di awal pagi oleh pihak UMTPandangan dari luar bilik jamuan Ni anak bongsu Kak Hana, comel tak?
Kakak Norhana iaitu isteri kepada sahabat suami saya iaitu En Hasanudin telah sudi melapangkan masa bersama anaknya untuk membawa kami bersiar-siar Memula malu, tapi lepas dah round satu pekan Terengganu, baru senyum!
Pak Long sempat posing ngan patung, jadilah... Penat, lama tunggu kami semua pilih kain....
Suasana kat dalam kilang - Desa Murni. Bila tahu dapat harga best, apa lagi, Mak Long terus phone-anaknya, siapa nak sutera digital?

Haa, tengok la, melambak-lambak kain sutera digital kat sini! Yang reramai tu, kebanyakkan mereka adalah dealer, tengah pilih kain.
Senang beli kain kat sini, tak payah nak tanya dari satu kedai ke kedai yang lain, "Sini ada sutera digital tak?". Sebabnya, kat Pasar Payang, bukan semua kedai ada jual kain jenis tu.
Lepas berabis duit kat kilang kain tu, Kak Hana bawa kami makan Nasi Ayam. Memang ramai orang makan kat kedai tu. Then, terus ke Losong untuk beli kepok lekor. Pas tu carik pulak keropok kering kat tempat lain. Memang ronda sakan!
Ni masa Kak Hana hantar kami kat Rumah Universiti. Nampak tak hasil tangkapan kami kat tepi tu?
Sebelum tu, kami singgah kat satu kedai jual tudung, murah-murah. Sempat beli kaftan untuk ibu mertuaku. Mak Long borong blouse dan tudung untuk cucunya, Syafikah. Memang seronok betul lawatan ke Terengganu kali ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan