Ahad, 19 Disember 2010

Round KL : Bersiar-siar di Bukit Bintang

Round KL
19 Disember 2010
.
Bersiar-siar di Bukit Bintang
.
Setibanya di Stesen Monorel Jalan Imbi, kami pun turun dan bersiar-siar di sekitarnya. Kami memulakan perjalanan di Plaza Low Yat, dan seterusnya menjelajah hingga ke Plaza Bukit Bintang, Plaza Sungei Wang, Metrojaya dan juga Parkson.
.
Memang bestlah kan berjalan-jalan, banyak pilihan barang. Lebih-lebih lagi bila saya dapat jumpa beg tangan baru. Beg tangan khusus untuk saya ke Bandung pada bulan Mac 2011 nanti!
.Suami saya dan anak-anak bergambar di hadapan All IT Hypermarket di Plaza Low Yat
Lapar pulak rasanya. Kami singgah makan Nasi Ayam di BB Chicken Rice
Suami saya bergambar bersama Dhafir


Saya bergambar bersama anak sulung kami DanishSuasana di Bukit Bintang. Masa ni dah pukul 7 malam dah!
Saya bergambar bersama anak-anakSuami saya dan anak-anak
.
.
.
Disediakan oleh : Ungku Norhayati Ungku Abu Bakar (Noi/Yat)

Tiada ulasan: