Isnin, 28 Disember 2009

Majlis Perkahwinan Afizul (Pak Andak) : Suasana Sebelum Persandingan

Majlis Perkahwinan
Mohd Afizul bin Zainal
&
Nurul Izyan binti Ahmad Yuhidan
27 Disember 2009
.
SUASANA SEBELUM PERSANDINGAN
.
Pelamin yang telah tersedia untuk upacara persandingan
Wan dan beberapa ibu saudara sedang berehat menanti kehadiran tetamu jemputan
Meja hidangan pengantin yang telah siap tersedia
Raungan DJ yang bakal memutarkan lagu serta mengendalikan sesi karaoke
Lauk pauk yang telah siap terhidang, cukup meyelerakan
Kerusi dan meja jemputan yang telah siap diatur
Kak Yanti bergambar bersama Wan dan Atuk yang telah bersedia menyambut tetamu
Mak Andak yang ceria dalam kerisauan
Pak Andak dan Mak Andak sudah bersedia menanti kehadiran tetamu
Meja pengantin yang telah siap diatur dengan hiasan ukiran yang disediakan oleh pihak Katering
Memang menarik apabila tembikai diukir menyerupai bentuk bunga ros
Orang ramai mula tiba dan mengambil makanan
Suasana mulai meriah dengan ketibaan para tetamu
Mak Usu turut kelihatan anggun dengan baju baru menyambut tetamu
Mak Andak mengalu-alukan kehadiran para tetamu
Kelihatan tenaga kerja 'orang pangkal' yang sudah mula sibuk dengan tugasan masing-masing
Suasana di khemah tetamu memang meriah
Atam mula menyenduk lauk yang mana kurang untuk ditambah di meja hidangan
Orang pangkal yang menjaga minuman
Para tetamu mengambil makanan yang dihidangkan secara 'buffet'
Meja pengantin mendapat perhatian orang ramai yang datang
Mak Andak turut menjemput rakan-rakan dan jiran yang berbangsa Tionghua
Para tetamu dapat merasakan kemeriahan majlis perkahwinan ini
Pak Andak turut sama menyambut para tetamu yang hadir
Suasana di dalam rumah yang kebanyakannya sibuk menjaga anak-anak kecil
Pak Andak dan Mak Andak menyambut tetamu dengan penuh kemesraan
Dalam rumah meriah dengan hirup pikuk suara kanak-kanak
Suasana kemeriahan majlis perkahwinan yang dirakamkan dari dalam rumah
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Tiada ulasan: