Pada 25 Mac 2012, telah berlangsungnya satu program Sukan Mesra Rakyat. Program ini melibatkan Tabika KEMAS seluruh DUN Lenggeng. Program yang bermula sejak awal pagi ini, berlangsung di Padang Awam, Kampung Rawa, Lenggeng.
Pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Di samping itu pameran Etiqa Takaful dan juga kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma turut di adakan di sini.
Di antara yang berkesempatan hadir adalah suami saya iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KEMAS Kampung Panchor yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Panchor. Oleh yang demikian, anak-anak kami iaitu Danish dan Dhafir turut sama menyertai acara-acara yang dipertandingkan