Khamis, 26 Februari 2009
Aksi Danish & Dhafir di Swimming Pool!!
Isnin, 23 Februari 2009
Danish & Dhafir Berwajah Baru !!
Kebiasaannnya, Danish akan melalak disepanjang proses menggunting rambut dijalankan. So, disebabkan hari tu dia tak menangis maka 21 Februari 2009 itu sesuailah dirakamkan sebagai satu detik bersejarah.
Danish digunting rambutnya pada jam 8.45 malam bertempat di sebuah kedai gunting di Taman Ixora, Senawang.
Rabu, 18 Februari 2009
Mari Tonton Filem Animasi Geng Upin & Ipin !!!
Rasa macam tengok kartun Disney!. Itulah rumusan yang boleh saya buat. sesungguhnya tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya setelah menonton filem animasi ini. Yang hanya boleh saya buat lepas tengok filem animasi “Geng: Pengembaraan Bermula” ni hanyalah gelak sorang-sorang apabila terkenangkan jenaka-jenaka yang mencuit hati.
1) Animasi 3-D nya excellent, smooth dan colourful. Memang la tidak setanding Pixar. Tapi sebagai filem animasi 3-D pertama buatan Malaysia, sangat membanggakan. Ada babak slow-mo macam the Matrix, ada action macam Kungfu Panda & The Incredibles, ada monster macam Harry Porter, ada Upin & Ipin yang lebih cute drpd Nemo, Rocky “the hamster” atau Patrick Star. Beautifully presented.
2) Lawak jenakanya boleh membuat kita gelak sampai bergolek-golek. Ada banyak punch-line yang memang akan kita ingat dan gelak sorang-sorang lepas dah balik rumah. Lebih lawak daripada Upin & Ipin (TV). Lebih lawak daripada Shin Chan.
3) Sound effect yang sangat mantap. Ada banyak action scenes yang menggunakan sound effect yang memang mendebarkan. Macam tengok cerita Annaconda atau Indiana Jones.
4) Jalan cerita yang menghiburkan dan membuatkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya misteri yang wujud di sebalik “hantu durian”. Ala-ala team Scooby-Doo.
5) Ada banyak usaha-usaha mempromosikan imej Malaysia dalam filem ini contohnya logo Tourism Malaysia, kehidupan kampung, variasi kaum, buah durian, ayam di tepi jalan, kereta lembu dan lain lain. Mana ada kartun international yang ada lembu?
6) Yang paling penting, kartun ni MADE IN MALAYSIA. Buatan orang kita. Bajet RM 4 juta (US$ 1.1 M) sahaja so jangan la compare dengan Nemo (US$90 M), Shrek (US$70 M) atau Shark Tale (US$75 M). Hasilnya tetap sama hebat dengan filem2 tadi.
Kalaupun anda memang Anti-filem Melayu, filem ini MESTI dikecualikan. Filem animasi ni memang best dan memang standard. First class. Kau orang kena tonton dulu lepas tu bagi komen okay!
Standing Ovation for Les Copaque Team…!
Suami yang turut meluangkan masa menonton bersama kami.
Laporan oleh : Yat
Ahad, 15 Februari 2009
Melawat Baby Dania di Palong 4 !
Setibanya di sana, Pak Long, Mak Long, Ida dan anaknya sahaja di sana dan Helmi tidak ada kerana bekerja. Menurut Ida, Helmi hanya akan datang seminggu sekali apabila cuti. Dan begitu juga Mimi & Mazli yang telah tiba di Palong sejak hari Jumaat lagi. Ketika kami tiba Mazli baru sahaja selesai.
Pada sebelah petangnya, saya, suami saya (acoy) dan anak-anak bersama-sama dengan Mimi dan Mazli telah pergi ke Pasar Malam Palong 4. Boleh tahanlah. Walaupun tak banyak gerai tapi memang makanan-makanan yang dijual membuka selera. Petang tu kami pulun ayam percik, satay Johor, Air soya dan banyak lagilah.
Laporan oleh : Ungku Norhayati (Noi/Yat)
Jumaat, 13 Februari 2009
Ida (Anak Mak Long) Selamat Melahirkan Anak Perempuan!!!!
Bayi perempuan yang comel ini dilahirkan dengan timbangan 3.1 kg. Wah, semangat betul!!! Namun begitu proses kelahiran bukanlah semudah diceritakan kerana menurut Ida, beliau telah mula masuk ke Bilik Bersalin sejak jam 8.30 pagi. Dan bayang kan berapa jam lamanya penyiksaan sebelum akhirnya bayi berjaya muncul di dunia ini hanya pada jam 2.30 petang.
Ketika ditanya kepada Ida, apakah perasaannya menerima kelahiran yang pertama ini..? Ida hanya tersenyum. Dan tiada kata yang dapat menggambarkan keriangan di wajah Ida. Lebih-lebih lagi Helmi yang pendiam itu, hanya senyumannya sahaja yang dapat menggambarkan keriangannya menyambut orang baru di dalam keluarga.
Acoy (suami saya) sekembalinya daripada bertugas terus sahaja tanpa menghiraukan penat bekerja terus sahaja mengajak saya, mak saya dan anak-anak terus bergegas ke Hospital Tuanku Jaafar untuk melawat baby baru ini.
Setibanya kami di sana, kami bertemu dengan Pak Long, Mak Long, Mazli , Mimi dan anak-anaknya turut berada di sana.
Dengan ini tahniah diucapkan buat Ida dan Helmi moga murah rezeki kalian sekeluarga kami doakan, mudah-mudahan...
Sekian laporan saya.
Wassalam.
Selasa, 10 Februari 2009
Family Trip ke Cameron Highlands 7 hingga 9 Februari 2009
Pada 7 haribulan Februari 2009, kami telah memulakan perjalanan dari Seremban pada jam 1.00 petang memandangkan Acoy ada urusan di SDAR kerana memberikan ceramah berkenaan Debat kepada pelajar-pelajar.
Kemudiannya pada jam 2.00 petang kami bergerak ke Hotel Pan Pacific kerana Acoy terlibat dengan penubuhan NGO Gerakan Rakyat Malaysia (GERAM) yang mana Acoy telah dilantik sebagai Presiden yang pertama. Semasa Acoy sedang sibuk bermesyuarat saya, Mak, Nabila, Danish, Dhafir, Atuk dan Wan menginap di Hotel Pan Pacific bersebelahan PWTC. Dan akhirnya tepat jam 5.00 petang, kami telah meneruskan perjalanan misi utama kami menuju ke Cameron Highlands. Kami telah berhenti rehat di R&R Tapah pada jam 7.00 malam. Kami berhenti rehat dan bersolat.
Setelah berhenti rehat kami telah meneruskan perjalanan tepat jam 8.00 malam. Dan perjalanan yang panjang dan memenatkan ini telah berkahir apabila kami tiba di Kem Brinchang pada jam 9.30 malam. Atam telah mendapatkan dua rumah kuarters askar di Kem Brinchang ini.
Sekian dan Wassalam.
Laporan oleh : Noi